Sekolah Bisnes ToneExcel (SBT)

Tempat Anda mempelajari selok belok Bisnes ToneExcel secara online.

Dibawakan oleh zulkepli zahari
Thursday, June 21st, 2018

buat_duit_dari_rumah
Tahniah kepada anda kerana telah berjaya sampai ke Sekolah Bisnes ToneExcel (SBT) ini. Sekarang ini anda telah pun menjadi pengguna simkad Tone Excel.

Terdapat beberapa prinsip yang perlu anda pelajari diperingkat awal ini. Pertamanya, untuk berjaya menjadi seorang agen penjual simkad toneexcel, anda perlu setia kepada produk anda sendiri. Jadikan simkad ToneExcel sebagai simkad utama anda. Jadikan simkad ToneExcel ini simkad keperluan anda.

Anda sebenarnya adalah taukeh atau pemilik bisnes simkad tone excel ini. Jadi, jika taukeh toneexcel masih menyanjung dan mengutamakan atau menggunakan simkad2 pesaingnya sendiri seperti Maxis, Celcom, Digi, UMobile, XoX, AlCatel atau Mtrade atau selain daripada simkad keluarannya sendiri, maka secara hukum akal taukeh tersebut susah untuk berjaya.

Sebab itu bila saya memulakan bisnes ToneExcel, perlahan-lahan saya menyingkirkan simkad2 pesaing saya daripada keluarga saya sendiri. Saya hanya UTAMAKAN simkad keluaran saya sendiri, iaitu simkad Tone Excel.

Kedua, adalah ahli keluarga. Setiap ahli keluarga yang boleh saya kuasai, saya paksa mereka pakai simkad toneexcel. Contohnya seperti isteri dan anak2. Saya kata, jika keluarga sendiri tidak sokong bisnes abah, siapa lagi didunia ini yang boleh abah harapkan.

Maka saya belikan extra lagi beberapa simkad, untuk saya registerkan isteri dan anak-anak dibawah saya, iaitu Level-1 saya. Jadi selepas ini jika mereka topup, saya pun dapat komisyen 6% daripada jumlah topup mereka. Selama ini mereka pakai Maxis, Digi, kalau mereka topup, satu sen pun Maxis/Digi tak pernah bagi duit pada saya. Perabis duit abah dia ada la.

Terdapat 2 perkara yang perlu anda pelajari:

1. Bagaimana nak beli simkad lagi?
Anda pernah beli diperingkat permulaan, begitu jugalah cara.
Jika anda terlupa cara2 nak beli simkad, sila klik disini untuk mengingatinya semula.


2. Bagaimana cara untuk mendaftarkan ahli keluarga dibawah anda, untuk dijadikan Level-1 anda.
Anda masih ingat kali pertama anda mengaktifkan simkad anda, begitulah caranya. Cuma kali ini satu bahagian sahaja yang perlu ditukar, iaitu di bahagian IDP. Sebelum ini anda mendaftar menggunakan IDP saya, sekarang anda sudah mempunyai IDP anda sendiri, jadi pastikan semasa menghantar whatsapp pendaftaran, dibahagian iDP gantikan dengan IDP anda sendiri. Jangan sesekali silap no. IDP. Kalau tersilap no. IDP, ia memang tidak dapat diubah lagi. Ia sudah dimasukkan dibawah orang lain. no.IDP ni macam nombor IC anda juga, tak boleh salah walaupun satu nombor, kalau salah satu nombor sahaja, ia akan pergi kepada orang lain. Jadi pastikan, sebelum menghantar whatsapp kepada bahagian pendaftaran, pastikan no.IDP anda adalah betul.

Jika anda terlupa cara2 nak aktifkan simkad, sila klik disini untuk mengingatinya semula.

Member Area.

Setiap pengguna simkad toneexcel boleh dianggap sebagai ahli tone excel. Setiap ahli toneexcel akan diberikan satu website pengurusan pribadi atau kita panggil ruangan untuk ahli - Member Area.


Didalam member area ini, kesemua maklumat tentang perkembangan bisnes tone excel anda ada disediakan. Maklumat seperti sudah ada berapa orang anak anda (Level-1 anda), Level-2 dan Level-3 anda. Siapa nama mereka, berapa jumlah mereka topup setiap bulan. Berapa sudah komisyen anda, berapa jumlah fast track anda, boleh katakan kesemua maklumat terperinci bisnes anda ada didalam member area.

Disebabkan anda sudah pun menjadi ahli toneexcel, maka anda telah pun mempunyai member area anda sendiri.

Dibawah ini saya sediakan video penerangan tentang Member Area dan beberapa perkara penting yang perlu anda lakukan didalam Member Area.




Web Promosi Percuma.

Untuk mempromosikan bisnes anda secara online, anda perlu memiliki website promosi sendiri.


Ingat diperingkat awal, saya sering menerangkan yang cara kita gunakan untuk mendapatkan pelanggan adalah hanya dari rumah sahaja. Maknanya didalam sekolah ini sebahagian besar cara-cara yang akan saya kongsikan adalah bagaimana kita menggunakan social media yang ada, terutamanya Facebook, menjadi alat terpenting untuk kita mendapatkan pelanggan baru untuk Level-1 kita. Ia dipanggil promosi secara online.

Kita akan mempelajari promosi online ini di bab yang akan datang. Tetapi untuk mempromosikan bisnes anda melalui facebook, ia lebih berkesan jika anda mempunyai website promosi sendiri. Kebanyakkan orang ramai yang tak tahu untuk buat website sendiri, jadi saya nasihatkan, tak perlulah ambil tahu tentang cara2 nak buat website.

Disini saya akan berikan satu website promosi anda sendiri yang mengandungi nama dan id anda sendiri. Website ini dinamakan website replika. Kemudian, kesemua pelanggan anda juga boleh memohon web replika ini secara percuma supaya mereka pun boleh menjalankan bisnes ini secara online. Bayangkan kalau semua Level-1 anda menjalankan bisnes ini secara online, jika mereka maju, maknanya Level-2 dan Level-3 anda akan berkembang kesatu peringkat yang amat hebat. Tanpa anda sedari komisyen topup anda juga akan naik diluar kawalan anda.

Untuk mendapatkan web replika percuma ToneExcel.biz ini, anda boleh memohon disini:
KLIK DISINI. Memohon Web Replika

Selepas itu ikuti arahan yang diberikan.
Untuk memastikan yang permohonan anda untuk mendapatkan web replika ini telah pun berjaya, cuba anda taip link ini diruangan link diatas internet browser (seperti google chrome, internet explorer, mozila firefox)

taip seperti ini:
www.toneexcel.biz/xxxxxxx
dimana xxxxxx adalah nombor IDP anda.

Jika didalam website tersebut keluar semua nama dan maklumat anda, ini bermakna anda telah pun memiliki web replika.
Web replika inilah yang akan kita promosikan nanti melalui facebook kita. Saya beranggapan semua orang telah pun mempunyai akaun facebook pribadi.

Jadi jika anda masih belum ada akaun facebook, belajarlah daripada kawan2 untuk buatkan satu akaun facebook untuk anda. Tanpa akaun facebook, anda terlalu susah untuk mendapatkan pelanggan baru secara online, atau hanya dari rumah sahaja.


Promosi secara Offline.

Maksud promosi offline adalah kita menjual simkad toneexcel ini secara direct selling.


Seperti buat appointment dengan rakan2, jumpa dia terus depan2, terangkan bisnes toneexcel, dan registerkan dia dibawah anda. Ada yang jauh lebih hebat lagi, mereka mampu jumpa orang2 yang mereka tidak kenal langsung, redah sahaja, minta kebenaran, duduk depan mereka dikedai kopi, dan terus terangkan mengenai toneexcel. Mereka ini terlalu hebat pada pandangan saya.

Cara ini saya tak boleh cerita panjang, sebab saya tak tahu guna cara ini. Tak pernah guna cara ini. Tak berani nak guna cara ini. Tetapi tidak boleh dinafikan ramai diantara rakan2 kita yang mempromosikan menggunakan cara ini, ramai yang boleh dianggap berjaya. Ada yang komisyen mereka dalam linkungan RM40,000 ke RM50,000 setiap bulan. Puluhan ribu setiap bulan. Cukup banyak.

Saya perhatikan mereka menggunakan cara table talk, file dan buku presentation mereka lengkap, dan mereka adalah juru jual yang sangat hebat.

Apakah yang diceritakan semasa membuat penerangan secara berhadapan ini? Saya rasa yang sesuai untuk diceritakan semuanya yang ada didalam website ini:



Kelebihan Promosi Secara Online.

Saya ada buat sedikit kajian mengenai cara ini. ToneExcel sudah pun hampir 8 tahun berada di pasaran. Dalam tempuh itu, ToneExcel telah melahirkan ramai jutawan yang terdiri daripada orang2 biasa macam kita.


Dan mereka bermula sama seperti kita, sebagai agen penjual simkad toneexcel, sehingga hari ini mereka masih lagi sebagai agen penjual simkad ToneExcel. Mereka juga bermula dengan target yang kecil2, seperti untuk mendapatkan RM500 sebulan, ada yang meletakkan target sekadar dapat pakai handphone percuma sudah memadai bagi mereka.

Tetapi apabila mereka melihat hasil didalam bisnes toneexcel ini, baru mereka sedar bahawa dalam toneexcel ini komisyen anda tiada hadnya. Ada yang mencapai hingga ratusan ribu sebulan. Memang tak masuk akal.

Didalam usia 8 tahun ini, saya amat tertarik dengan cara dan pendekatan seorang agen toneexcel di Johor. Beliau sudah pun 5 tahun menjalankan bisnes ini, dan cara beliau hanyalah menggunakan cara promosi online sahaja. Tidak pernah keluar rumah untuk buat promosi. Beliau buat 100% menggunakan cara online seperti facebook dan wechat untuk mendapatkan pelanggan baru. Hasilnya komisyen beliau mencecah ke 5 angka setiap bulan.

Beliau pernah bekerja di Mcdonald dan juga sebagai operator biasa kilang di Singapura. Dia berjaya membuktikan bahawa hanya dengan duduk dirumah sahaja, seseorang itu boleh berjaya mendapat pendapatan setinggi RM55,000 sebulan.

Beliau merupakan salah satu contoh daripada sebilangan besar agen toneexcel yang mempunyai pendapatan 5 angka sebulan dengan menggunakan 100% cara promosi online. Mereka ini kebanyakkannya tidak bekerja seperti orang lain, dan mereka benar2 enjoy dengan kehidupan menerima pasif income. Mereka benar2 buat duit hanya dari rumah sahaja.



Inilah tujuan sekolah ini ditubuhkan, untuk membantu anda mempelajari teknik-teknik bisnes secara online yang telah digunakan oleh mereka yang berjaya tadi.

Yang menariknya mereka yang berjaya ini, sebahagiannya bukanlah datang dari golongan berjawatan tinggi, bukan mempunyai kelulusan yang tinggi. Mereka seperti kita, ada yang penganggur, ada yang bekas pekerja kilang, ada yang bekas kerja pak guard, penoreh getah, ada yang dari OKU, golong pekak dan bisu pun ada. Selama 8 tahun ini saya lihat Tone Excel benar2 dapat menghasilkan pasif income yang lumayan kepada ramai orang tanpa mengira kedudukan pelajaran mereka. Teknik 100% secara online, buat promosi dari rumah, buat duit dari rumah, juga menghasilkan ramai agen tone excel mencapai pendapatan yang tak masuk akal.

Jadi saya lebih terarah kepada mempromosikan bisnes toneexcel ini secara online. Teknik-teknik yang diajarkan disini bukanlah teknik2 yang susah untuk dipelajari. Asalkan apa yang diajarkan, anda cuba praktikkan, saya yakin anda akan dapati ianya satu perkara yang mudah. Belajar dan praktikkan. Kalau ia berkesan kepada ramai orang, mengapa pula ia tidak berkesan kepada anda. Mustahil jawapannya berbeza.


Teknik Promosi Secara Online

Baiklah, kita mulakan pelajaran pertama buat promosi secara online.


1. Lengkapkan handphone anda dengan alat untuk berkomunikasi. Pastikan handphone anda telah diinstall dengan 3 app ini.
Whatsapp
WeChat
Telegram.

2. Anda mesti kena ada akaun Facebook. Saya beranggapan yang anda telah pun ada akaun facebook.
Siapkan akaun facebook anda dengan beberapa perkara aktiviti.

Setiap hari anda perlu accept semua friends request.
Setiap hari anda perlu add friends, sekurang-kurangnya 20 orang
Setiap hari anda perlu join sekurang-kurangnya 20 facebook group yang mempunyai ahli paling minima pun 20,000 orang.

Lihat video penerangannya:


Setelah perkara diatas telah dilakukan, anda sudah boleh beriklan. Beriklan melalui facebook group yang telah anda sertai.

Contoh2 ayatnya:
Siapa mahu cari kerja part time
1hari rm100-200
Kerja boleh buat di rumah
Minat boleh add wechat saya

Contoh2 ayatnya:
Agen Pengedar Simkad Diperlukan.
Training khusus di sediakan.
Web-promosi di sediakan.
Sesuai dijalankan secara part-time atau hanya dari rumah sahaja.
Berminat sila hubungi:

http://www.wasap.my/no.phone anda
atau add wechat: username anda

Lihat video penerangannya:


Cara Merespon pada Prospek

Setelah penat anda mempromosikan bisnes anda melalui facebook, apabila ada yang berminat, apa yang perlu dilakukan?


1. Jika ada yang berminat untuk bertanya dengan lebih lanjut, seperti melalui wechat/whatsapp/telegram, anda berchattinglah terlebih dahulu, berkenal2an dan savekan nombor mereka kedalam contact anda.
Selepas itu baru anda berikan website promosi yang pertama.
www.toneexcel.biz/promosi2.php?id=xxxxxxx (dimana xxxxx adalah id anda)

Biasanya mereka akan datang semula untuk bertanyakan beberapa soalan lagi, anda cuba jawab mana yang tahu, kalau tak tahu, cakap sejujurnya yang anda tidak tahu dan anda baru lagi menyertai bisnes ini, jangan berbohong.

2. Jika prospek bertanya, berapa harga atau bagaimana nak mendapatkan simkad ini? Jika anda memang ada simpanan simkad lebih yang belum digunakan lagi, anda boleh minta prospek tersebut bank in kan kedalam akaun bank anda dan minta dia berikan maklumat penghantaran. Lepas tu anda kena poskan simkad tersebut kepada mereka (jangan pulak anda kebas duit mereka). Saya cadangkan gunakan pos laju.

Tetapi jika anda tiada simkad extra ditangan, dan anda malas nak uruskan bab2 penghantaran ini, anda berikan sahaja web replika anda yang kedua:
www.toneexcel.biz/carabelisimkad.php?id=xxxxxxx (dimana xxxxx adalah id anda).
Bahagian Simkad Delivery akan uruskan penghantaran kepada prospek anda.

3. Apabila propesk anda telah mendapat simkad toneexcel, mereka akan menghubungi anda dengan beritahu yang simkad telah diterima, mereka akan tanya apa yang perlu dilakukan. Waktu itu anda mestilah dengan pantas penghantar web replika yang ketiga:
www.toneexcel.biz/caraaktifkansimkad.php?id=xxxxxxx (dimana xxxxx adalah id anda).

4. Apabila prospek telah register sebagai Level-1 anda, mereka akan menghubungi anda semula dengan memberikan nama, no. IDP baru mereka, dan beritahu yang mereka ingin memasuki Sekolah Bisnes ToneExcel. Waktu ini apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memberikan web replika yang terakhir iaitu:
www.toneexcel.biz/sekolahbisnestoneexcel.php?id=xxxxxxx (dimana xxxxx adalah id anda).

5. Jika anda ada facebook dia, anda digalakkan untuk ucapankan tahniah melalui facebook peribadi anda, dan jangan lupa letakkan signiture anda yang mempunyai link web replika. Facebook peribadi sesuai untuk beriklan dan update perkembangan bisnes anda.

Selesailah tugas anda, anda bukan hanya mendapat seorang anak di Level-1, tetapi anda juga menghantar anak anda tadi ke sekolah yang boleh mengajar mereka menjadi bapa yang baik. Anda boleh mengharapkan cucu yang ramai. Proses tersebut akan berulang, dimana kesemua cucu tersebut juga akan belajar di sekolah yang sama, maka anda boleh mengharapkan cicit yang ramai. Kesimpulannya, komsiyen anda juga akan meningkat secara mendadak.

Peringatan:
Pastikan anda menaik link webreplika anda dengan betul, tak boleh salah sikit pun. Kalau salah website replika anda tidak akan keluar dan prospek/pelanggan anda tidak akan dapat membacanya. Kalau titik, pastikan titik, bukan koma, tanda soal, sama dengan, mesti sama dan rapat2, tidak boleh ada space sekali pun. Jadi baik anda berlatih untuk menghafal keempat2 link web replika anda.

Ujian : Pencapaian.

Saya harap anda mempelajari dengan bersunggu-sungguh apa yang diajarkan disini dan amalkan. Kerana pelajaran peringkat seterusnya akan jauh lebih sukar untuk difahami jika peringkat ini pun kita belum mahir lagi.


Teknik yang anda pelajari setakat ini dipanggil teknik promosi online secara manual.
Untuk mengukur setakat mana kemampuan anda setakat ini, pastikan yang anda telah pun berjaya mendapatkan sekurang-kurangnya 40 orang di Level-1, hanya menggunakan cara ini sahaja.

Sekiranya anda belum lagi mencapai 40 orang pelanggan baru di Level-1 dengan menggunakan cara ini, saya nasihatkan anda teruskan dengan mengubah2 ayat-ayat promosi atau mengubah2 gambar semasa promosi tersebut.

Sehinggalah anda sudah mencapai target 40 pelanggan baru, baru anda teruskan ke bahagian Teknik Promosi Advance.

Bahagian Soal Jawab

Jika ada bahagian yang anda kurang faham, anda boleh tanya terus ke whatsapp admin - 011-3533-8694 dan jawapannya akan dikongsikan didalam ruangan ini.



Soalan:Bagaimana saya nak ubah nombor telefon yang ada pada web replika saya?
Jawapan: Anda hanya perlu login ke dalam website ini. Klik Login Disini
Kemudian anda klik di Kemas Profile. Disitu anda boleh betulkan semua maklumat anda.

Soalan:Apakah perkara yang boleh menaikkan komisyen saya?
Jawapan:
Pertama, pastikan yang anda topup peribadi paling minima RM20 sebulan, untuk melayakkan anda mendapat komisyen topup asas 6%,3% dan 11%. Jika anda topup sebulan dibawah RM20, maka pada bulan itu anda tidak akan dapat komisyen langsung, walau pun anda sudah banyak pelanggan dibawah anda. Ini adalah peraturan asas dalam ToneExcel.

Kedua, jika topup peribadi anda pada bulan itu sama dengan atau lebih daripada RM60, maka komisyen topup anda juga dinaikkan kepada 10% (Level-1), 3% (Level-2) dan 11% (Level-3).

Ketiga, jika anda upgrade pangkat. Sekarang ini anda adalah dikira sebagai ahli biasa (Normal Member) yang layak mendapatkan komisyen topup asas, 6%,3% dan 11%.

Tetapi jika anda upgrade kepada kepada Junior Center, komisyen anda akan ditambah sebanyak 1% untuk setiap level sehingga ke level inifinity.
Jika anda upgrade kepada kepada Service Center, komisyen anda akan ditambah sebanyak 2.5% untuk setiap level sehingga ke level inifinity.
Jika anda upgrade kepada kepada Branch, komisyen anda akan ditambah sebanyak 5.5% untuk setiap level sehingga ke level inifinity.

Teknik Promosi Advance

Masih dalam pembikinan.

Maklumat saya.
Nama Saya: zulkepli zahari
Whatsapp: www.wasap.my/60107914748
Email: angahzul55@gmail.com
Thursday, June 21st, 2018
Pembelian

1. Set Simkad Tone Excel.

toneexcel.biz

Harga: RM100 + RM10 (kos penghantaran): RM110
Mengandungi:
1. Simkad Tone Excel
2. Buku Panduan Penggunaan Simkad
3. Buku Panduan Bisnes Tone Excel
4. Buku Promosi : Kerja sampingan yang mudah untuk Menaikkan Kewangan Anda.
5. Notis Pemberitahuan : Promosi Terkini.
6. Certificate Insuran Kemalangan dari Etiqa Takaful
7. Borang Claim Insuran
8. Borang Penama Tuntutan insuran.

2. Buku Promosi.

toneexcel.biz

Harga satu set buku promosi: RM40 (Mengandungi 20 buah buku promosi) + RM10 kos penghantaran : RM50

(Buku promosi inilah saya galakkan yang anda sebarkan sebanyak mungkin, kepada adik beradik, saudara mara, rakan2, jika mereka berminat biasanya mereka akan datang sendiri mencari anda).

Cara membelinya:
1. Anda boleh datang terus ke:

Branch Tone Excel di Petaling Jaya.
7-2, JALAN PJS 5/30, PUSAT PERDAGANGAN PJCC,
46000 PETALING JAYA, SELANGOR.
Tel: 013-448 2877

2. Anda boleh bank-in kan kemana2 akaun.

CIMB
7017409547 (Mazelan Abas)

MayBank
162526067564 (Mazelan Abas)

BSN
10126-29-00011530-9 (Mazelan Abas)

Bank Islam
03027020659627 (Nor Asiah Karib)

Selepas anda bank-in, sila hantarkan maklumat ke nombor 010-5232047 secara whatsapp. Maklumat yang perlu dihantar: Nama Penuh, alamat penghantaran, gambar slip bank in.

Kami akan menghantar menggunakan pos laju.

Mendapatkan Web-Replika PERCUMA
Untuk mendapatkan web replika percuma ToneExcel.biz ini, anda boleh memohon disini:
KLIK DISINI. Memohon Web Replika

Selepas itu ikuti arahan yang diberikan.